Upin & Ipin Wiki
Advertisement
This page uses Creative Commons Licensed content from Wikipedia (view authors)

thumb

Les' Copaque Production Sdn Bhd ialah sebuah syarikat penerbitan dan studio animasi 3D berstatus MSC yang bertapak di Shah Alam, Selangor. Les Copaque bukan sahaja mengerjakan bidang animasi, malah menjadi syarikat pembikinan penuh yang juga melibatkan pengemukaan idea, rakaman suara dan pascapenerbitan yang disertakan dengan karya animasinya. Studio ini banyak melibatkan tenaga kerja dari bakat-bakat muda.

Sejarah

Les' Copaque ditubuhkan pada bulan Disember 2005 oleh penerbit Haji Burhanuddin Md Radzi dan Hajah Ainon Ariff. Mereka bersama tiga graduan MMU (Mohd Nizam Abdul Razak, Mohd Safwan Abdul Karim, dan Usamah Zaid Yasin) telah memulakan syarikat tersebut. Usamah Zaid Yasin merupakan salah seorang yang telah menolong menubuhkan syarikat ini dan kini memegang jawatan Kreatif Direktor di Les' Copaque Production. Mereka menamakan studio mereka sempena istilah bahasa Melayu "Last Kopek" yang bermaksud "peluang terakhir" dan ditukar ejaan menjadi seolah-olah bahasa Perancis.

Projek filem animasi mereka yang sulung, Misi Mustahak, yang merangkul empat anugerah pada tahun 2005: Karya Terbaik ("Best of the 10th MVA 2005") dan Pingat Emas Filem Animasi Pendek (Terbuka) di Anugerah Video Malaysia (MVA) ke-10; Tertiary Student Projects (Multimedia Kreatif) di MSC-APICTA 2005; dan Best of Multimedia University Collection 2005 di Creative Pixels, Galeri Seni Negaratelah menarik minat penerbit untuk menubuhkan syarikat animasi bersama mereka.

Khidmat Les' Copaque pernah digunakan untuk membikin pesanan khidmat masyarakat serta satu iklan GT Jepun pada tahun 2006. Syarikat ini juga melangkah ke pembikinan cereka animasi pendek Geng: the Beginning pernah merangkul gelaran juara keseluruhan, filem animasi terbaik dan pengarah animasi terbaik di Anugerah Filem Pendek 2006;[1]

Pada tahun 2007, Les' Copaque memperkenalkan watak animasi yang tersohor di Malaysia, iaitu Upin & Ipin sempena menyambut Ramadan dan Aidilfitri, sementara mengusahakan filem Geng: Pengembaraan Bermula yang turut menampilkan adik-beradik kembar tersebut. Filem Geng akhirnya keluar pada 12 Februari 2009[1], dan berjaya memungut hasil kutipan pawagam sekitar RM 6.3 juta[2], menjadikannya antara filem Malaysia yang meraih kutipan tertinggi dalam sejarah.

Senarai karya

Filem cetera

Siri TV

Rujukan

  1. 1.0 1.1 "Apabila Upin Dan Ipin Masuk Pawagam", Utusan Malaysia, 8 Februari 2009. Dicapai pada 9 Disember 2009. 
  2. This page uses Creative Commons Licensed content from Wikipedia (view authors)

    Template:Citation/make link. Template:Citation/make link. Les' Copaque. http://gengmovie.blogspot.com/2009/04/geng-jelajah-malaysia-habis.html. Retrieved 9 Disember 2009. 

Pautan luar

Advertisement